Thursday, November 26, 2009

takkan makan anggur kot hari raya.

Assalamualaikum warahmatullah hi' wabarakatuh.


Mula sekali nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan rakan dan teman teman.

Alhamdulillah. Hari ini bangun awal. Dapat ke solat jumaat walaupun terlepas solat raya.

Tapi tu semua tak penting.

Ini yang aku nak tekankan kat sini. Makanan pada hari ni.

Bakar bakar! Sedap woo.Mama masak rendang ayam. Sambal udang. Kari daging.. Ketupat dan putu mayam pun ada. Kalau tak suka rendang,takpe. Ada second choice.

Nenek masak soto. Dah ada soto mesti ada bagadil. Ayam potong. Campur cili padi nenek lagi pehhhhh

HAHA ! kepada yg di UK, jealous bang ? nati saya pos gamba bagadil untuk abang ea :))


Saturday, October 31, 2009

way to go

eden paling tak suka apablia orang yang tak rapat dengan eden cerita kisah peribadinya dekat eden.

please. eden tak berminat nak tahu ekau tidur dengan siapa semalam. ekau pergi mana semalam. ekau balik rumah pukul berapa. ekau sewa rumah dengan siapa. simpan lah cerita ekau tu. eden bukan rapat dengan ekau. lagipun dengan cerita cerita hebat ekau ni,membuatkan ekau lagi jijik. eden bukan macam kawan kawan ekau yang 'wahh,kau da dapat usha dia. style la bro, second bole, ' (sambil terngangah)

tidak sama sekali. eden takda perasaan seperti itu. eden rasa macam nak gelak je. dengan perangai member member ekau yang macam mengidolakan ekau. yang asyik memuji ekau. tapi eden mendiamkan diri jelah. yelah. ini tempat ekau. eden layankan jelah. kalau ekau bercerita macam ni kat nogori eden,peh. memang eden bawak ekau lepak dengan member member eden lepastu kasi ekau cerita macam ni lagi sekali. tengok berapa banyak bahasa kesat ekau akan terima. tengok betapa tusuk ke hati bahasa bahasa yang ekau dapat nanti.

ini lah salah sebab eden tak rami kawan kat kolej nie. perangai orang kat sini eden tak bape nak suka. dorang pun tak paham eden. so eden amik keputusan untuk menjauhkan diri dengan budak budak kolej eden. maksud eden yang eden baru kenal. nak lepak minum pun eden dah malas. hidup dekat sini,eden pergi kelas,balik kelas terus balik rumah. lepak rumah. housemate eden semua ngam. so eden lepak dengan diorang je. takda masa eden nak lepak dekat cafe cafe depan kolej yang berlambak dengan student tuh. sebab tu,ramai orang cakap eden sombong. haha. kawan eden ada sound. pergilah bergaul. cari kawan. nati orang cop ekau sombong baru tau.

eden senyum je. yang penting eden happy :)

malu

pergi shopping itu hari bersama kawan kawan di melaka.

sorang kawan aku tanya,mana nak beli t shirt yang lawa tapi murah. aku bawak lah pegi bb plaza. lepas dia dah lepas beli t shirt,aku tengok ada satu bundle bukak dekat situ. aku survey laa. saja je bosan tunggu sorang lagi kawan aku.

tiba tiba kawan aku kata dia nampak artis. aku tengok la perempuan yang dia tunjuk tuh. muka macam pernah nampak, macam irma (awek nabil pikirla sendiri). tapi lepas tengok banyak kali,aku rasa kurang yakin yang tu irma tuh sebab aku baru tengok dia dalam tv rambut panjang. ni da rambut pendek so muka dah lain sikit la. kawan aku nak tengok dia dekat dekat,so kitorang buat buat survey barang sebelah dia.

'sumpah sial,sebijik macam artis tuh' kawan aku cakap. betul betul sebelah irma tuh. irma tu senyum. aku still rasa yang dia bukan irma,so mungkin dia dah perasan sikit so dengan automatik aku cakap 'eh,ekau ni, cakap pelan pelan lah,kang perasan lak minah nie'

selang 5 saat nabil datang rangkul pinggang dia dan jalan. dia pandang kitaorang sambil bagi senyuman yang paling manis.

aku tercengang (tapi tak buka mulut)

Sunday, October 18, 2009

selamat semua.

mood tengah ......
kira kira 2 minggu lagi final akan bermula. dan dalam masa 3 minggu terakhir ni baru lecturer lecturer bangang ni nak kasi assigment. assigment kasi sekali banyak. awal awal semua taknak kasi. ni dah last kopek,orang nak prepare final tang ni la kasi assigment. pulak semua assigment group. leceh. jadual tak tersusun. akhir akhir ni kelas kejap kejap cancel lepastu postpone weekend. sampai ahad pun nak buat kelas. ditambah pula dengan 8.30 pagi. kirim salam lah kan kelas pagi pagi nie.

tambah pula dengan pendrive yang buat hal dengan aku. aku dah penat buat assigment. malam sebelum present aku check semua lengkap. sekali masa nak present aku cucuk pendrive, semua dah hilang. note hilang. assigment hilang. slide show yang aku siapkan semua hilang. sangat sangat stress. jamm. tambah dengan lecturer yang suka suka bahasa aku cakap aku nak buat lawak,tunjuk pendrive kosong. aku try nak explain,dia kata kurangkan melawak. bahasa bahasa aku. last last aku tunduk je. dia gelak gelak kan aku. aku pun tumbuk lah muka dia. pijak dagu dia. sebat tulang belakang dia sekuat mungkin. pecahkan spek dia,lutut dada dia, sepak kepala dia,terajang badan dia,lepuk muka dia puas puas. haaaaaaa. ikut hati memang tu yang aku nak buat. tapi lepas fikir markah aku nanti dia yang bagi,aku pun tunduk je lah. cakap sorry, sorry. makin galak dia usik aku. sial. selamat aku tak tau dia naik kereta apa.

balik rumah, baik baik jalan, ada satu kereta buatan malaysia yang siap diubah suai dipandu laju lalu meredah sebuah lecak. splash! kasut, seluar beg aku semua basah, lepas tu dia boleh cakap guna apa nama alat yg polis ada tuh. yang bole buat suara kuat tuh. dia cakap macam ni. 'marah ke bang. hehehehe'

sampai rumah. kunci pulak tak ada. aku nak try call housemate,phone takda bateri. lagi lah, at last panjat ikut tingkap. masuk rumah mandi, salin baju. baring, dengar lagu. tiba tiba message dapat dari 'halim unitar' (bukan nama sebenar)

'ki,aku dah tukar group dengan 'chan hok liew' (bukan nama sebenar) assigment 3 ni korang pandai pandai lah k. goodluck bro.'

goodluck ? sial punya jantan. dah deal aku buat assigemnt 2, kau buat assigment 3. tiba tiba macam nie. bodoh punya manusia.

aku reply 'ok steady lah kau, thanks '

sekali semua datang. apa ni ? karma ?

Friday, October 9, 2009

penduduk melaka yang berbudi bahasa

ingat nak balik kl malam ni. tapi sampai bus station semua tiket habis. dem!
balik esok pagi pukul 6.

lepas beli tiket,suruh kawan aku angkat balik. so aku tunggu dekat tepi jalan.
tiba tiba ada satu mamat datang. dia berhenti sebelah aku.
mati enjin motor. turun tongkat. keluar rokok. bakar. lepastu call kawan dia.
perbualan dia.

1. mana kau SIAL? aku dah sampai mc dah nie.
2. cepat le. aku kat depan ni.
3. depan pintu gerbang le BANGANG. mana lagi.
4. stop2. aku nampak kau. pusing kiri.
5. tu kiri sangat BEBAL. kanan sikit. ni haa. aku kat depan nie.
6. eh si BODO ni. sini la. aku da angkat tangan dah nie.
8. kau buta ke apa SIAL? ni haa BODO. depan nie.

bila dah jumpa.' si BODOH,men lembap lagi. org da ckp kat depan ni.'
kawan dia balas. 'mana aku nampak SIAL. gelap.'

tajuk blog ini. bahasa orang melaka. hahaha

Monday, October 5, 2009

entri untuk faiez ali

the purpose of this entry is to tell u that i will always love u.
sorry for everything.
take care :))

Monday, September 21, 2009

time puasa kau berlakon jadi serani. sampai raya pandai nak jadi islam lak.

first sekali nak wish selamat hari raya kepada semua yg menyambut dan selamat bercuti kepada yang lain.

hari raya pertama.

raya tahun nie sumpah macam takda. peh. malam raya aku kena tolong abang aku. sambung terus sampai pagi raya. balik rumah orang da takbir. siap siap,then aku pergi semayang raya. balik semayang raya yang best. tak tidur,so aku ingat nak rehat jap. sekali tertidur. terus sampai ke malam. so hari raya pertama aku habis dgn tidur. hehh. sengal.

hari raya kedua.

ok. best sikit la walaupun bangun petang. raya kedua aku salam parents. pergi satu rumah. makcik aku. salam nenek aku. then petang sikit,mak aku bagi angpaw raya. then kata ni dari makcik makcik aku. haha happy sikit la. lepastu pergi tolong abang aku balik. sampai la ke 1 pagi, ni baru balik. heh.

aku nak sangat macam dulu. raya gather. pergi rumah kawan kawan rapat. berbual sampai 2 kotak rokok habis. dari maghrib ke sebuh. baling mercun dekat orang gila. tembak mercun das dekat keling mabuk. rindu sangat waktu tuh. tapi apa nak buat. sekarang semua dah ada hal sendiri. dah ada kerja sendiri.

moga moga raya ketiga ni lebih seronok.